Sunday, January 31, 2010

Alamat

Pengetua ,

Taman Sinar Harapan

Tunku Ampuan Najihah ,

Jalan Temiang ,

70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel:06-7632475 Fax:06-7619655


email:tshseremban@gmail.com

Lokasi

Institusi ini terletak kira-kira 3km dari Bandar Seremban berada bersebelahan dengan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Rekod di Jalan Temiang.

Program & Aktiviti

1.Aktiviti Hidup Seharian (ADL) - Untuk kanak-kanak yang tidak tahu menguruskan diri sendiri, latihan asas kemahiran hidup yang melibatkan kebersihan diri seperti menggosok gigi,mandi,berpakaian,makan dan minum,mengemas katil serta bergaul dengan rakan sebaya.


2.Kelas Khas (Aktiviti Pra Sekolah) - Untuk kanak-kanak yang telah boleh menguruskan diri sendiri dan boleh dilatih kemahiran tertentu.


3.Kumpulan Kelas Kraftangan - Untuk kanak-kanak yang mempunyai kebolehan dalam kraftangan dan berpotensi untuk maju dalam latihan vokasional.


4.Kelas Pemulihan Anggota/Terapi Carakerja - Disediakan bagi melatih kanak-kanak yang kurang upaya anggota bertujuan meningkatkan perkembangan motor halus / motor kasar mereka.


5.Terapi Muzik dan Kebudayaan - Disediakan bagi melatih kanak-kanak kurang upaya akal sebagai satu kaedah pemulihan menyeluruh yang berkesan untuk membantu melatih kordinasi pergerakan dengan harmoni sambil berhibur.


6.Terapi Multi-Sensory (Snoezelen) - Disediakan bagi tujuan pemulihan terapeutik yang menggunakan peralatan teknologi moden.Ia bertujuan merangsang lima deria utama manusia iaitu deria bau,rasa,dengar,lihat dan sentuhan di dalam suasana yang tenang berasaskan konsep 'relaxation'

Syarat Kemasukan

1.Disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai kanak-kanak kurang upaya akal dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat


2.Melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001


3.Melalui kelulusan Ketua Pengarah JKMM

Pengenalan

Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban telah ditubuhkan pada tahun 1947 oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia dan dikenali ketika itu sebagai Rumah Kanak-Kanak Negeri yang tujuannya pada waktu itu adalah untuk memberi perlindungan dan jagaan kepada kanak-kanak yang terbiar,yatim dan tidak mempunyai penjaga dan yang masuk ketika itu adalah kanak-kanak normal.

Pada tahun 1978 institusi ini telah dikhaskan untuk penjagaan dan latihan bagi kanak-kanak kurang upaya akal.Sejajar dengan itu institusi ini telah ditukarkan namanya kepada Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah iaitu bersempena nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Sehingga tahun 1983 institusi ini telah memberi jagaan kepada semua kategori kanak-kanak kurang upaya akal samada yang sederhana mahupun yang teruk.

Mulai tahun 1984 institusi ini telah dihadkan untuk menerima kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur di bawah 14 tahun serta boleh dilatih sahaja sehingga sekarang.